بسم الله الرحمن الرحيم

In the name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful.

Saturday, June 18, 2011

Hikmah Diam



Assalamualaikum sahabat semua, sudah agak lama saya tidak menulis untuk blog yang setahun jagung ini. Kali ini saya ingin menulis perkongsiaan yang mungkin anda semua sudah tahu kelebihannya..

Manusia sememangnya sangat suka bercakap setiap masa. Percakapan perkara-perkara yang baik akan membawa keselamatan dan kebaikan kepada manusia. Jika percakapan tidak mengikut adabnya, manusia akan merana di dunia dan juga di akhirat. Di dunia lagi akan dibenci oleh manusia lain manakala di akhirat percakapan yang menyakiti hati org lain akan menyebabkan kita terseksa kekal abadi di dalam neraka Allah SWT.

Lidah kita juga hendaklah selalu menyebut nama Allah setiap masa. Janganlah lidah itu digunakan untuk menghina, mencaci atau memfitnah orang lain. Bagi mereka yang beriman, lidah yang dikurniakan oleh Allah itu tidak boleh digunakan untuk berbicara sesuka hati dan sia-sia. Jangan hanya bercakap perkara-perkara yang tidak membawa sebarang hasil. Sebaliknya hendaklah digunakan untuk mengeluarkan mutiara-mutiara yang berhikmah.

Oleh itu, DIAM adalah benteng bagi lidah manusia daripada mengucapkan perkataan yang sia-sia.

Antara Hikmah Diam Adalah:
1. Sebagai ibadah tanpa bersusah payah.
2. Perhiasan tanpa berhias.
3. Kehebatan tanpa kerajaan.
4. Benteng tanpa pagar.
5. Kekayaan tanpa meminta kepada orang.
6. Istirehat bagi kedua malaikat pencatat amal.
7. Menutupi segala aib.

Hadis-hadis Rasullulah S.A.W mengenai kelebihan apabila diam yang maksudnya:
* “Barangsiapa yang banyak perkataannya, nescaya banyaklah silapnya. Barangsiapa yang banyak silapnya, nescaya banyaklah dosanya. Dan barangsiapa yang banyak dosanya, nescaya neraka lebih utama baginya”.  ( HR ABU NAIM )

* “Barangsiapa yang beriman kepada Alah dan Hari Akhirat, maka hendaklah ia berkata yang baik atau diam”. ( HR BUKHARI & MUSLIM )

* “Barangsiapa diam maka ia terlepas dari bahaya”. ( HR AT-TARMIZI )

Madah Dari Hukama’:

* Banyak diam tidak semestinya bodoh, banyak cakap tidak semestinya cerdik, kerana kecerdikan itu buah fikiran, orang cerdik yang pendiam itu lebih baik dari orang bodoh yang banyak cakap.

* Menasihati orang yang bersalah itu tidak salah. yang salah memikirkan kesalahan orang semata-mata..

* Kalau orang menghina kita, bukan kita terhina, yang sebenarnya orang itu telah menghina dirinya sendiri.

Manusia tidak akan dapat mengalahkan syaitan kecuali dengan DIAM. Jalan yang terbaik ialah DIAM kalau kita tidak dapat bercakap kearah perkara-perkara yang baik. Bicara yang baik adalah lambang hati yang baik dan bersih yang bergantung kepada kekuatan iman pada diri manusia. Jadi, fahamlah sudah. Ucapkanlah perkataan yang elok didengar oleh telinga kita. Ye dak? 


Dan katakanlah kepada hamha-hamba-Ku: "Hendaklah mereka mengucapkan perkataan yang lebih baik (benar). Sesungguhnya syaitan itu menimbulkan perselisihan di antara mereka. Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagi manusia. (QS 17:53)

Untuk renungan bersama…

7 comments:

  1. Ye dak? Ye! hehe

    Jzkk akh, perkongsian yg ckup bermanfaat. Teruskn bkngsi lg :)

    ReplyDelete
  2. Jazakallah khair atas komen yang diberi..Blog ini masih memerlukan pengalaman dan nasihat berguna dari anda sekalian... :)

    ReplyDelete
  3. post ini ibarat comek..diam tapi berisi+malu2..hehe..nice blog akh

    ReplyDelete
  4. bapak,,diam2 berisi ada tmbh malu plak?hahahha..comek malu kot baca komen nta..keh3

    ReplyDelete
  5. bapak selalu macam tu...bergurau~ haha

    ReplyDelete
  6. 2 la..ana tgh bayangkan dia tengah tersipu2 2..hehe..jangan marah ye comek.

    ReplyDelete