بسم الله الرحمن الرحيم

In the name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful.

Saturday, July 23, 2011

Wasiatnya kepada Umar Al-Khattab r.a.






Alhamdulillah, selesai satu buku yang penuh dengan iktibar melalui pelbagai kisah teladan seorang sahabat yang amanah, tawadu’ dan tegas. Setiap kisahnya membuatkan kita bertasbih kerana kagum dan teruja akan sikap beliau dalam kehidupannya. Kehidupan Abu Bakar ra. merupakan lembaran-lembaran indah berisi rakaman sejarah Islam yang mampu mengungguli semua model sejarah umat manusia. Kemuliaan dan keikhlasan Abu Bakar, juga kegigihannya dalam berjihad dan berdakwah untuk menegakkan prinsip kebenaran dalam sejarah umat.

Sepintas lalu kisahnya, Saidina Abu Bakar As-Siddiq merupakan sahabat Nabi Muhammad s.a.w. yang paling rapat sekali. Semasa Nabi Muhammad  s.a.w. berhijrah dari Makkah ke Madinah pada tahun 622, hanya beliau seorang yang mengikuti Rasulullah s.a.w. tanpa ditemani oleh orang lain. Rasulullah S.A.W mengahwini anak perempuan beliau iaitu Saidatina Aishah tidak lama selepas penghijrahan ke Madinah berlaku. Pernah menjadi kaya, dia juga dikenangi kerana jasanya membebaskan beberapa hamba yang beragama Islam daripada tuan mereka yang kafir termasuklah Bilal Bin Rabah. Beliau juga merupakan salah seorang Muslim yang pertama sekali memeluk Islam. Beliau seorang yang jujur, berbudi pekerti, adil, tegas dan memiliki sifat yang terpuji. Dilahirkan 2 tahun selepas kelahiran Rasulullah S.A.W.

Beliau mendapat gelaran as-Siddiq kerana sentiasa membenarkan setiap perkataan dan tindakan Rasulullah S.A.W. Peristiwa yang membawa kepada gelaran ini ialah apabila berlakunya peristiwa Isra dan Mi'raj yang telah dialami oleh Rasulullah S.A.W. Apabila orang ramai mengatakan baginda berdusta, malah ada dikalangan sahabat yang ragu-ragu tentang peristiwa tersebut, Saidina Abu Bakar menjadi orang pertama membenarkan dan mempercayai peristiwa tersebut dengan penuh keyakinan tanpa ragu-ragu.

Antara noktah (point) yang menarik untuk diambil daripada buku ini ialah wasiatnya kepada Umar al-Khattab ra.  Wasiatnya:




“Wahai Umar, bertakwalah kepada Allah swt. Ketahuilah bahwa Allah swt. memerintahkan amalan yang harus dilakukan di siang hari, yang tidak akan diterima jika dilaksanakan di malam hari. Demikian juga, sebuah amalan sunah tidak akan diterima, selagi amalan wajib belum dilaksanakan.
Sesungguhnya, timbangan seseorang menjadi berat di hari Kiamat kerana dia mengikuti kebenaran di dunia dan merasa berat melaksanakannya. Sungguh benar bahwa timbangan yang dibebani dengan kebaikan akan menjadi berat.
Sesungguhnya, timbangan seseorang menjadi ringan di hari Kiamat kerana dia mengikuti kebatilan di dunia, dan kebatilan memang sangat ringan rasanya. Sungguh benar bahwa timbangan yang dibebani dengan kebatilan akan menjadi ringan.
Ketika menyebutkan para penduduk surga, Allah swt. hanya menyebutkan kebaikan-kebaikan mereka. Dia  memaafkan segala keburukan yang telah mereka lakukan. Ketika aku mengingat para penduduk surga, aku selalu berkata dalam hati, ‘Sungguh aku takut tidak bisa mengejar dan bergabung bersama mereka.’
Ketika menyebutkan para penduduk neraka, Allah swt. hanya menyebutkan kejelekan mereka yang paling jelek. Dia telah menolak kebaikan-kebaikan yang telah mereka lakukan. Ketika aku mengingat para penduduk neraka, aku selalu berkata dalam hati, ‘Aku sungguh berharap tidak dipertemukan dengan mereka.’
Seorang hamba Allah swt. hendaknya selalu dalam kondisi takut dan berharap. Dia tidak berharap yang berlebihan kepada Allah swt. dan juga tidak putus asa kepada rahmat-Nya. Jika engkau selalu ingat dan mengamalkan wasiatku ini, engkau akan sangat berbahagia jika didatangi kematian.”

Begitulah wasiat bapa mertua Rasulullah s.a.w. kepada Umar al-Faruq dan kepada diri kita sendiri sebenarnya. Harapnya, kita dapat mengambil dan mempraktikkan apa yang diwasiatkan itu. Untuk makluman, buku ini ditulis dalam bahasa Indonesia setelah diterjemahkan daripada bahasa Arab. Wallahualam..

----------------------------------------------------------

Wasiat junjungan besar umat Islam. [klik sini]

Wasiat Imam Hasan al-Banna: [klik sini]

 

1 comment:

  1. Akh, bla mau update lg...

    Kami tertunggu2 posting nta.. skng nta dh xintern, update la slalu..hehe

    jgn kta nta nk gunakan alasan hikmah diam lak :P

    ReplyDelete